101 hadiri bengkel kesedaran rasuah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Seramai 33 pekerja syarikat VamBrn Sdn Bhd termasuk pengurus atasan telah menghadiri bengkel mengenai rasuah di tempat kerja dan akibatnya, yang berlangsung di premis VamBrn di Taman Perindustrian Kampung Salambigar, hari ini. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Penyiasat Khas Kanan Biro Mencegah Rasuah (BMR), Hajah Norashiken binti Haji Mat Salleh.

Ini merupakan sesi ketiga bengkel bagi syarikat berkenaan yang telah bermula 1 September lalu dengan secara keseluruhannya seramai 101 orang pekerja setelah mengikutinya.

Dianjurkan oleh VamBrn Sdn Bhd dengan kerjasama BMR, bengkel antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pekerja mengenai rasuah dan yang boleh berlaku dalam situasi berbeza sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja.

Semasa sesi interaktif, antara topik yang dikongsikan ialah pengetahuan asas mengenai rasuah, pencegahannya dan akibat daripada kesalahan rasuah tersebut. Bengkel diakhiri dengan kuiz dan perbincangan terbuka yang berkaitan dengan senario berbeza bagi pekerja untuk mengenal pasti kesalahan, kesannya dan langkah pencegahannya.

Hajah Norashiken semasa mengendalikan bengkel berkenaan.
Antara yang menghadiri bengkel berkenaan.