Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    102 anak yatim raikan Hari Raya Aidilfitri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Seramai 102 anak-anak yatim di Daerah Brunei dan Muara menerima sumbangan derma dan diraikan dengan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam Program Berkah dengan Sedekah yang diadakan oleh Syarikat Brother’s Garage dan De Dreams Event Co yang berlangsung di Blok A, Unit 7, Berakas, Kampung Serusop, hari ini.

    Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Dayang Noorismawati binti Haji Jaludin selaku wakil daripada Brother’s Garage dan De Dreams Event Co.

    Turut menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut ialah wakil-wakil yang terdiri daripada kakitangan dua buah syarikat berkenaan.

    Selain itu, para penjaga anak-anak yatim juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

    Majlis terdahulu, dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan seterusnya pengagihan sumbangan derma kepada anak-anak yatim  diikuti dengan jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Majlis yang diadakan merupakan salah satu aktiviti kebajikan syarikat dalam memberi kesejahteraan anak-anak yatim di negara ini agar mereka sentiasa terus mendapat perhatian daripada pihak syarikat swasta di negara ini. Brother’s Garage dan De Dream Event Co  berharap dengan sumbangan derma dan sambutan Hari Raya dapat menggembirakan dan memberikan senyuman kepada anak-anak yatim berkenaan.

    Sementara itu, acara berkenaan setentunya mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak COVID.

    Dayang Noorismawati semasa menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Program Berkah dengan Sedekah yang diadakan oleh syarikat-syarikat yang terlibat.
    Antara tetamu-tetamu yang hadir pada program tersebut semasa menikmati jamuan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...