Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    102 anak yatim RPN Panchor terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Seramai 102 orang anak yatim, 57 lelaki dan 45 perempuan, yang menetap di Rancangan Perubahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mentiri telah menerima sumbangan pada majlis penyerahan secara pandu lalu, hari ini.

    Majlis penyerahan sumbangan daripada orang ramai dan ahli MPK RPN Panchor itu berlangsung di kediaman Pemangku Ketua Kampung RPN Panchor, Mentiri, Awang Mohd Hilmy bin Haji Ahmad. 

    Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh  ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

    Majlis penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim di kampung berkenaan lazim diadakan menjelang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

    Terdahulu penyerahan sumbangan, majlis tahlil dan Doa Arwah sekampung telah diadakan yang dipimpin oleh Ketua Biro Agama MPK Panchor, Awang Ramzi bin Haji Mohiddin.

    Majlis berkenaan juga merupakan program tahunan MPK Panchor bagi sesi 2019-2023.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim secara pandu lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...