KUCHING, 16 Ogos – Sejumlah 1,024 ekor anjing terbiar di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian telah ditangkap sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar bagi mengekang jangkitan wabak penyakit rabies atau anjing gila.
Dalam satu kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata operasi bersepadu menangkap anjing terbiar itu dikendalikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan negeri bersama Jabatan Per-khidmatan Veterinar Sarawak (JPVS).
“Bagi anjing peliharaan pula, sebanyak 227 ekor anjing telah divaksin di lapan buah kampung dalam Bahagian Serian setakat jam 3 petang tadi. Secara kumulatif, sebanyak 31,347 ekor haiwan kesayangan yang terdiri dari 23,705 ekor anjing, 7,597 ekor kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin,” kata sekretariat itu.
Sekretariat JPBN Sarawak berkata program pemvaksinan anjing akan diteruskan di 30 buah kampung di Daerah Serian esok. – Bernama