103 sertai majlis khatam online UTB

Gambar serahan UTB

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Universiti Teknologi Brunei (UTB), baru-baru ini, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran secara online yang menyaksikan penyertaan seramai 103 orang termasuk 57 kakitangan dan 46 pelajar dari pelbagai sekolah dan fakulti di bawah universiti berkenaan.

Menurut kenyataan yang diberikan UTB, hadir selaku tetamu kehormat pada acara dalam talian berkenaan ialah Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Massad oleh para peserta khatam kemudian majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

Kemudian, Profesor Dr Hajah Zohrah turut menyampaikan sumbangan berjumlah $2,052 kepada 38 orang anak yatim yang terdiri daripada pelajar UTB secara pandu lalu.

Profesor Dr Hajah Zohrah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Kakitangan dan pelajar UTB melaungkan Dikir Marhaban semasa majlis itu.