Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    105 pelajar baharu KUPU SB mulakan minggu taaruf

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KUPU SB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengalu-alukan seramai 105 orang pelajar baharu, terdiri daripada 40 lelaki dan 65 perempuan, dengan minggu taaruf yang telah bermula kelmarin hingga 28 Julai.
    Minggu taaruf bagi pelajar baharu pengambilan ke-16, sesi pengajian 2022/2023 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB itu telah bermula dengan sesi taklimat yang berlangsung di Perkampungan Sukan, Berakas.

    Para pelajar mendengarkan taklimat mengenai beberapa tugas dan tanggungjawab pelajar yang perlu diambil maklum sepanjang pengajian. Aktiviti diteruskan lagi dengan taklimat mengenai Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY) oleh Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS).

    Kemudian, taklimat seterusnya disampaikan oleh pegawai kesejahteraan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB.

    Antara objektif taklimat adalah untuk memperkenalkan budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa, menyuburkan budaya menuntut ilmu dan mengenali serta membiasakan diri dengan rutin harian dan persekitaran KUPU SB.

    Minggu Taaruf KUPU SB telah bermula dengan sesi taklimat pada Sabtu lalu.
    Antara pelajar baharu KUPU SB pengambilan ke-16.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...