1,050 masjid di Sabah dibenarkan adakan solat Jumaat

KOTA KINABALU, 22 MEI – Sebanyak 1,050 buah masjid di Sabah hari ini dibenarkan mengadakan solat Jumaat mengikut SOP berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islamnya Datuk Saifulzaman Sangul.

“Kita berdoa semoga kita dilepaskan daripada ujian (COVID-19) besar ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Negeri, di sini hari ini. Sementara itu, Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting berkata, sepanjang tempoh PKPB berlangsung, hanya azan solat lima waktu dilaungkan di masjid berkenaan dan bersyukur dapat mengimarahkan masjid, meskipun tidak melibatkan ramai jemaah. – Bernama