Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    106 pain darah berjaya dikumpulkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Sebanyak 106 pain darah telah berjaya dikumpulkan se-panjang kempen menderma darah anjuran Kelab Rotary bersama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan yang diadakan di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas, hari ini.

    Sebelum kempen diadakan, para penderma melalui proses pemeriksaan tekanan darah, jenis darah dan diberikan jamuan untuk memastikan mereka sihat untuk menderma.

    Kempen berkenaan merupakan salah satu inisiatif Kelab Rotary untuk membantu menambah stok simpanan darah bagi mereka yang memerlukan di negara ini. Selain itu, kempen juga diadakan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan anggota di samping sama-sama menyelamatkan nyawa melalui pendermaan darah.

    Dengan adanya kempen ini, para penderma dan orang ramai diharap akan dapat mengamalkan pendermaan darah sebagai salah satu tabiat sepanjang hayat yang mana secara tidak langsung dapat memantau tahap kesihatan masing-masing.

    Antara orang awam yang berkesudian mendermakan darah pada kempen yang diadakan di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Rahwani Zahari

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda