Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    109 pelajar cemerlang SR YSHHB diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan SR YSHHB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 109 pelajar Tahun 1 hingga 5 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2022, diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik di Dewan Sekolah Rendah YSHHB.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pelajar yang diraikan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Mohammad Fliti Abdel Majid.

    Turut hadir ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi yang menjelaskan, analisa keputusan peperiksaan akhir tahun 2022 telah menunjukkan keputusan yang baik di mana pelajar Tahun 1 telah menunjukkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan MIB dengan lebih 90 peratus.

    Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik pula berada di tahap yang melebihi 85 peratus sementara bagi Bahasa Inggeris dan Sains untuk pelajar Tahun 2 mencapai 90 peratus.

    “Untuk pelajar Tahun 3 hingga 5 telah memperoleh 90 peratus bagi empat mata pelajaran teras kecuali Matematik,” jelas beliau dalam ucapan alu-aluannya.

    Beliau seterusnya menambah, pihak sekolah akan terus mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah berkenaan.

    Dengan adanya majlis seumpamanya, ia akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar sekolah berkenaan untuk terus berjaya dalam pembelajaran mereka.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama beberapa orang pelajar yang diraikan.
    Antara pelajar yang diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 1 hingga 5 SR YSHHB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...