TUNIS, 10 Mac – Menteri Kesihatan Tunisia, Abderraouf Cherif menyerahkan peletakan jawatannya setelah 11 anak damit baru lahir meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara itu, lapor agensi berita Tunisia, TAP.
Keputusannya untuk meletak jawatan itu telah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri Tunisia, Youssef Chahed. Kesemua anak damit itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Rabta pada Khamis dan Jumaat.
Laporan awal mendedahkan bahawa anak damit berkenaan meninggal dunia akibat ‘kejutan septik yang berlaku akibat jangkitan darah,’ lapor media berkenaan.
Sementara itu, Kesatuan Buruh Tunisia telah menggesa agar siasatan yang dilaksanakan dijalankan secara jelas dan membiarkan rakyat Tunisia tahu kebenaran yang berlaku di sebalik kematian itu. – Xinhua

































