Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 bakal jemaah haji ikut kursus

    Oleh Noorhamizan haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 28 April – Seramai 11 orang bakal jemaah haji dari Daerah Temburong telah mengikuti Kursus Amali Ibadat Haji peringkat Daerah Temburong yang diadakan di Sekolah Persediaan Arab Temburong di sini.

    Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Haji Mohd Yusof bin Haji Ahad berkata, kursus berkenaan bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama daripada segi praktikal dan platform untuk mendapatkan maklumat terkini sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.

    “Bakal jemaah diberikan pendedahan melaksanakan ibadat haji melalui latihan amali secara simulasi seperti bertawaf, saie, serta amalan beribadah secara berkumpulan.

    “Simulasi secara berkumpulan ini memberikan pendedahan terhadap situasi di tanah suci yang akan dikunjungi oleh jutaan umat Islam dari seluruh dunia,” kata beliau sambil menambah, kursus haji itu juga dilaksanakan dengan bimbingan dan tunjuk ajar dua orang pengkursus ibadat haji yang dilantik.

    Menurut beliau lagi, bakal jemaah haji turut dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan mengawal pemakanan bagi mengelakkan perkara di luar jangkaan berlaku.

    “Sepanjang berada di tanah suci, bakal haji juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan KHEU dan kerajaan Arab Saudi demi kebaikan bersama,” katanya.

    Haji Mohd Yusof (kiri) bersama bakal jemaah haji Daerah Temburong sejurus selesai kursus amali.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda