11 cedera nahas kereta api di Romania

BUCHAREST, 19 DIS – Seramai 11 orang cedera selepas kereta api penumpang dan kereta api barang bertembung dalam kejadian pada Rabu berhampiran ibu kota Bucharest, tenggara Romania, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Pegawai Pemantau Kecemasan di Daerah Prahova, lokasi di mana nahas berlaku, seramai 10 orang dihantar ke hospital di Ploiesti, seorang lagi mangsa diterbangkan ke hospital di Bucharest.

Beberapa anggota pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan laluan di kedua-dua arah di Bucharest-Ploiesti Selatan ditutup kira-kira sejam. – Bernama