Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    11 cedera pertempuran di Al-Aqsa

    BAITULMAQDIS, 22 APRIL – Pertempuran baharu di antara polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin meletus hari ini di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

    Polis Israel telah menyerbu perkarangan itu dan menembak gas pemedih mata dan peluru bersalut getah ke atas belia Palestin yang melontar batu, kata jurugambar AFP di tempat kejadian.

    Pertempuran meletus semula selepas sebulan berlakunya keganasan, ketika sambutan Paskah Yahudi bertindih dengan bulan puasa Ramadan.

    Keganasan telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa, setahun selepas insiden sama membawa kepada peperangan selama 11 hari. Sekitar jam 4 pagi, rakyat Palestin mula melontar batu pada Western Wall, dianggap sebagai tempat paling suci Yahudi, menurut pihak polis. – AFP

    Penunjuk perasaan Palestin membaling batu semasa pertempuran dengan polis Israel dalam kompleks Masjid Al-Aqsa awal kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...