Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    11 ditangkap selepas rogol, arak mangsa

    NEW DELHI, 28 JAN – Seramai 11 orang termasuk beberapa orang wanita diberkas selepas seorang ibu muda didakwa diculik, dirogol berkumpulan kemudian diarak di jalan-jalan di Delhi pada siang hari, menurut polis India hari ini.

    Insiden itu, yang terbaharu menyerlahkan keganasan seksual di India, mencetuskan kecaman meluas. Rakaman di media sosial menunjukkan mangsa – wajahnya dihitamkan dengan dakwat dan rambutnya dipotong – ditolak dan diejek oleh beberapa orang wanita yang bersorak dan merakamkannya di telefon bimbit mereka.

    Timbalan pesuruhjaya polis, R. Sathiyasundaram mengatakan insiden di daerah Shahdara di timur Delhi pada Rabu adalah kerana ‘permusuhan lalu’ dalam kalangan jiran.

    Laporan media bagaimanapun mengatakan seorang saudara pelaku, berusia 16 tahun, membunuh diri di landasan kereta api selepas mangsa rogol itu menolak cubaan memikatnya. –AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...