11 ibu tumpang dibebaskan

PHNOM PENH, 15 Mei – Seramai 11 wanita yang dipercayai dibayar untuk menjadi ibu tumpang telah dibebaskan atas ikat jamin selepas bersetuju untuk menjaga anak damit berkenaan, menurut agensi czar Kemboja hari ini.

Wanita-wanita berkenaan didakwa pada November atas kesalahan penyeludupan manusia dan bertindak sebagai orang tengah bagi ejen ibu tumpang selepas mereka diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di bandar Phnom Penh.

Mereka telah ditahan sejak serbuan itu dengan beberapa daripadanya telah melahirkan anak dalam penjara.

Manakala seorang jururawat warga Australia yang mengendalikan klinik ibu tumpang itu telah dipenjara selama 18 bulan dan baru saja dibebaskan tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara. Menurut agensi, pasangan yang terdesak terutama dari China sanggup membayar puluhan ribu kepada ejen ibu tumpang untuk mencari wanita Kemboja yang sanggup mengandungkan anak mereka.– AFP