Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 korban serangan anti-Yahudi di Pittsburgh

    PITTSBURGH, 28 Okt – Seorang lelaki bersenjata berdepan 29 pertuduhan jenayah ganas selepas melepaskan tembakan ketika upacara penamaan anak damit di rumah ibadah Pittsburgh semalam, mengorbankan 11 orang dan mencederakan enam orang dalam serangan anti-Yahudi terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

    Penembak itu yang dikenal pasti sebagai Robert Bowers, 46 tahun, dilaporkan menjerit ‘semua Yahudi mesti mati’ ketika beliau menyerbu masuk ke dalam rumah ibadat Tree of Life, tempat mereka yang menghadirinya berhimpun bagi upacara keagamaan.

    Ditahan selepas kejadian tembak menembak dengan pihak polis, suspek telah dipindahkan ke hospital.

    Pihak pendakwa AS kemudian mendakwanya dengan 29 pertuduhan jenayah persekutuan, termasuklah 11 pertuduhan menggunakan senjata api untuk membunuh dan 11 pertuduhan menghalang amalan agama yang membawa kepada kematian.

    “Jenayah keganasan berdasarkan undang-undang hak awam persekutuan yang menegah jenayah benci,” menurut satu kenyataan.

    Pihak berkuasa berkata tuduhan ke atas Bowers boleh membawa hukuman mati.

    Presiden Donald Trump menyelar ‘tindakan kejam dengan pembunuhan beramai-ramai itu’ sementara anak perempuannya, Ivanka, menyatakan, “Amerika lebih kuat berbanding tindakan anti-Yahudi dan pentaksub yang rosak moralnya.”

    “Serangan kejam anti-Yahudi ini adalah satu serangan ke atas kami semua,” Trump memberitahu para penyokong pada satu perhimpunan pilihan raya di Illinois ketika beliau berikrar akan sepenuhnya menguatkuasakan hukuman mati bagi jenayah seumpama itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda