PHNOM PENH, 4 JULAI – Kira-kira 11 penduduk Kemboja maut akibat meminum wain beras yang disyaki bertoksik semasa satu majlis pengebumian, kata pegawai polis hari ini.
Dua bulan lalu, lebih 30 orang mati dalam insiden berasingan di seluruh Kemboja akibat wain beras buatan sendiri yang mengandungi metanol – cecair tinggi toksik yang boleh menyebabkan kebutaan jika diminum.
Sejak Jumaat, 11 orang yang menghadiri satu majlis pengebumian di wilayah Kampot – 55l, dari bandar Phnom Penh – meninggal dunia sementara 10 lagi dimasukkan ke hospital selepas meminum wain tersebut.
“Mangsa mengalami pening kepala selepas meminum minuman keras itu,” kata pegawai polis memberitahu AFP, menambah sampel telah dikumpulkan untuk siasatan lanjut. – AFP