11 maut bas tergelincir di lereng bukit

KATHMANDU, 13 OKT – Sekurang-kurangnya 11 maut dan 108 lagi cedera apabila bas yang dinaiki tergelincir daripada kawasan bukit, di tengah Nepal, kata seorang pegawai, hari ini.

Bas tersebut membawa penumpang yang baru selesai meraikan festival Dashain, perayaan penganut Hindu, dari Sindhupalchowk ke daerah Kathmandu.

Bagaimanapun, kenderaan dipenuhi penum-pang itu tergelincir lebih 50 meter ke tebing bukit.

“Enam orang mati di tempat kejadian dan lima lagi ketika dalam perjalanan ke hospital atau ketika menerima rawatan,” kata pegawai daerah, Goma Devi Chemjong kepada AFP.

Menurut Chemjong, 108 lagi penumpang cedera tetapi hanya 39 orang menerima rawatan.

“Kami sedang menyiasat punca kemalangan,” katanya. – AFP