Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    11 maut nahas babit kereta api dan bas mini di Jawa Timur

    JAKARTA, 20 NOV – Sebuah kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia malam tadi meragut nyawa 11 orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut seorang penyelamat.

    Ketua pejabat mencari dan menyelamat Jawa Timur, Muhammad Hariyadi berkata nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang sebelum sebuah kereta api merempuh bas berkenaan.

    Kejadian berlaku di kampung Ranupakis pada 7:53 malam waktu tempatan.

    Sementara itu, polis berkata siasatan sedang dijalankan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...