11 maut pengeboman di Jalalabad

JALALABAD, AFGHANISTAN, 14 JUN – Seorang pengebom berani mati menyasarkan pos pemeriksaan polis, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 13 lagi yang lain semalam di bandar Jalalabad, Afghanistan, menurut pegawai.

Sayap kumpulan Islamic State Afghan mengaku bertanggungjawab bagi serangan yang dilakukan oleh pengebom berjalan kaki, menurut Attaulah Khogyani, jurucakap bagi gabenor wilayah Nangarhar.

Terdapat sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak antara yang maut, manakala yang lain cedera.

Kawasan sekitar Jalalabad merupakan kediaman bagi militan yang dikaitkan dengan kedua-dua Taliban dan kumpulan IS Afghan.

Bulan lalu, tiga letupan berturut-turut di tengah-tengah Jalalabad meragut tiga nyawa dan mencederakan 20 yang lain. – AFP

Seorang pesakit menerima rawatan selepas serangan berani mati di Jalalabad semalam. Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam serangan berhampiran pos pemeriksaan polis tempatan. – AFP