Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    11 maut sambutan pesta api di Iran

    TEHRAN, 16 MAC – Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala 486 lagi cedera di Iran ketika sambutan ‘Chaharshanbe Suri’ atau Pesta Api, menurut Xinhua, memetik laporan televisyen Iran pada Selasa.

    Seramai 49 mangsa mengalami kecederaan parah sejak pesta itu bermula lima hari lepas, kata jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi.

    Jumlah mangsa yang cedera meningkat 47 peratus berbanding tahun lepas. Pesta itu disambut rakyat Iran sebelum perayaan tahun baharu Iran atau dikenali sebagai Nowruz yang diraikan pada 21 Mac tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...