Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 mayat ditemui dalam kejadian bot karam

    YANGON, 21 OKT – Pasukan penyelamat telah menemui 11 mayat selepas bot yang membawa lebih 30 orang karam di Laut Andaman di luar pantai selatan Myanmar, kata seorang penduduk tempatan kepada AFP hari ini, manakala yang lainnya masih dilaporkan hilang.

    “Kami menemui 10 mayat semalam dan satu lagi hari ini,” kata seorang sami dari Kampung Kyauk Kar di wilayah Tanintharyi selatan, dari tempat bot itu berlepas kelmarin.

    Bot itu telah membawa kebanyakan pelajar yang pulang ke bandar Myeik dari kampung selepas cuti dua minggu, menurut sami, yang meminta enggan dikenali semasa bercakap dengan media.

    “Bot itu bertolak dari kampung pukul 9 malam, ia telah terlebih muatan dan kemudiannya karam,” katanya.

    Penduduk kampung telah melakukan pembakaran mayat untuk 11 mayat yang telah ditemui, katanya, dan pasukan penyelamat tempatan sedang mencari mangsa yang hilang.

    “Tiada seorang pun daripada mayat yang ditemui itu terdiri daripada pelajar,” kata sami.

    Kemalangan bot adalah perkara biasa di Myanmar, sebuah negara yang mempunyai pengangkutan asas dan peraturan keselamatan yang kurang baik. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda