KABUL, 19 Feb – Sekurang-kurangnya 11 kumpulan pengganas Islamic State (IS) telah dibunuh selepas tentera Afghanistan menyerang kubu pertahanan mereka di wilayah Nangarhar, kata Kementerian Pertahanan hari ini.
Serangan udara itu menyasarkan anggota militan IS di Daerah Achin kelmarin, menyebabkan 11 anggota kumpulan pengganas mati, kementerian itu menulis.
Dua senjata api dan amunisi juga musnah berikutan serangan itu, katanya.
Pasukan keselamatan Afghanistan bersama pasukan pakatan gabungan yang diketuai oleh AS dan NATO, telah meningkatkan serangan darat dan udara terhadap militan sejak beberapa bulan yang lalu di seluruh negara. – Xinhua