Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    11 mualaf tamat kursus bimbingan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Seramai 11 orang mualaf lelaki di Daerah Belait telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bimbingan Lanjutan 2 bagi Mualaf Lelaki Siri ke-35 dan diraikan dalam majlis penutup yang dianjurkan Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait itu ialah Ketua Kampung Bukit Sawat, Awang Mohammad bin Abdullah yang juga selaku pemangku ketua Kampung RPN Lorong Tengah Seria dan pemangku penghulu Mukim Sukang dan Mukim Melilas.

    Kursus selama 14 hari itu merupakan projek tahunan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan dijalankan serentak di keempat-empat daerah.

    Ia telah bermula pada 3 hingga 6 Ogos lalu dan disambung kembali pada 8 hingga 17 Januari disebabkan oleh gelombang kedua penularan wabak COVID-19.

    Majlis penutup telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum ucapan nasihat daripada tetamu kehormat majlis dan ucapan daripada wakil peserta kursus, Al Ansar Adzin bin Abdul Halim Wong.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil oleh tetamu kehormat kepada peserta kursus dan hadiah kepada tiga orang pelajar terbaik iaitu Awang Muhd Hafizuddin bin Muhd Johara yang mendapat markah sebanyak 90 peratus, Awang Azharuddin bin Muhd Nasiruddin yang mendapat 86 peratus dan Al Ansar Adzin yang mendapat 84 peratus.

    Awang Mohammad bergambar bersama para peserta pada majlis penutup baru-baru ini. – Gambar serahan Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...