Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 pasukan bakal berentap

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Sebelas buah pasukan akan berentap dalam Sukan Futsal, Kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-3 2017, dan akan menjadi pembuka tirai kejohanan bagi edisi tahun ini.

    Hari ini, pasukan-pasukan yang bakal berentap bermula pada 17 Mac 2017 nanti, diundi bagi kedudukan kumpulan, dalam kumpulan A, pasukan-pasukan yang akan bersaing adalah Sekolah Sukan, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penerbangan Diraja Brunei (RB), Gabungan Syarikat Telekomunikasi, Daerah Temburong dan Daerah Belait.

    Sementara itu dalam Kumpulan B pula akan menyaksikan aksi di antara Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, Institusi Pengajian Tinggi, Daerah Tutong, Gabungan Syarikat Minyak Brunei Shell serta Daerah Brunei dan Muara.

    Perkara itu ditetapkan di Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Futsal di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas yang dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), Rosdin Haji Abdul Aziz.

    Mesyuarat dan diselajurkan dengan undian pasukan-pasukan bagi kedudukan kumpulan telah berjalan dengan lancar. - Muiz Matdani
    Mesyuarat dan diselajurkan dengan undian pasukan-pasukan bagi kedudukan kumpulan telah berjalan dengan lancar. – Muiz Matdani

    Mesyuarat diteruskan dengan taklimat oleh pengadil kejohanan dan diikuti oleh cabutan undian bagi menetapkan dan perlawanan di akhir mesyuarat itu.

    Pengurus Pasukan Futsal Daerah Belait, Syuwari Janudi menegaskan tahun ini pastinya akan membawa cabaran baru.

    “Kami telah menjalani latihan sejak sebulan lalu dan kami berharap kami akan mampu membuat terbaik dan menebus kekalahan perlawanan akhir pada tahun lalu,” ujarnya.

    Apabila ditanya mengenai latihan dan pemain, menurutnya kini pemain telah mejalani latihan dengan semangat tinggi untuk memulakan kejohanan dengan misi penting untuk merampas kejuaran daripada Pasukan Tutong selaku juara bertahan pada tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda