11 pelajar KEMUDA berjaya tamat program BriTE

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Seramai 11 orang pelajar dari Institut KEMUDA telah berjaya menamatkan kursus Bridging for Tomorrow’s Engineers (BriTE) yang merupakan program 14 minggu kendalian Institut KEMUDA dan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Menurut kenyataan yang diberikan, kursus dibukakan kepada pelajar-pelajar yang menepati kadar kemasukan minimum UTB tetapi mempunyai kekurangan mata khusus untuk program Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan. Ini merupakan tahun ke-dua program seumpama-nya dijalankan oleh Institut KEMUDA.

Pelajar-pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di UTB.

Setelah berjaya menamatkan kursus tersebut, para pelajar layak untuk menyambung pelajaran Tahun Satu dalam program Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan di UTB.

Salah seorang pelajar BriTE, Dayangku Alya Atha’asa mengongsikan pengalaman pengikuti program BriTE yang menurutnya memberikan beliau peluang untuk meningkatkan mata peperiksaan A Level supaya boleh melanjutkan pelajaran ke UTB.

“Pengalaman saya menuntut di Institut KEMUDA adalah sangat berguna dan menyeronokkan. Kesemua tenaga pelajar dan kakitangan di sana sangat baik,” ujarnya.

Pelajar-pelajar Institut KEMUDA yang telah menamatkan kursus Bridging for Tomorrow’s Engineers (BriTE) bergambar ramai dengan tenaga pengajar program tersebut. – Gambar serahan Institut KEMUDA