Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 pelajar UBD terima biasiswa

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Sebelas orang lagi mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) dipilih untuk menerima biasiswa Hengyi Industries Sdn Bhd bagi menjalani pengajian akademik dan latihan industri di Zhejiang University, China selama setahun setengah.

    Sehubungan itu, majlis penandatanganan perjanjian biasiswa antara pelajar-pelajar berkenaan dan Hengyi Industries Sdn Bhd telah diadakan hari ini di pejabat Hengyi Industries Sdn Bhd, Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan itu ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

    Penandatanganan bagi anugerah biasiswa itu adalah bagi para pelajar yang mengikuti program Biasiswa Kejuruteraan Proses dan Kimia bersama UBD dan Zhejiang University.

    Sementara itu, menandatangani bagi pihak Hengyi Industries Sdn Bhd ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Chen Lian Cai manakala itu, mahasiswa dan mahasiswi yang terpilih menandatangani perjanjian dengan disaksikan oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

    Para penerima biasiswa bergambar ramai sejurus selepas menandatangani perjanjian bersama Dr. Haji Azman dan Chen Lian Cai.

    Program yang ditubuhkan oleh Hengyi Industries itu merangkumi penempatan di kilang Petrokimia, China di mana pelajar akan mendapat pengalaman langsung dalam persekitaran kilang penapisan operasi sebenar.

    Setelah selesai program itu, para pelajar akan ditawarkan pekerjaan di Hengyi Industries Sdn Bhd.

    Sehubungan dengan itu, mahasiswa-mahasiswi berkenaan adalah pengambilan kumpulan kelima pelajar di bawah perjanjian biasiswa tersebut dan akan meninggalkan negara penghujung bulan ini.

    Pengambilan kumpulan pertama dan kedua telah menamatkan pengajian dan kini be-kerja di Hengyi Industries Sdn Bhd, manakala itu, kumpulan ketiga pula telah menamatkan pengajian dan latihan industri mereka di China dan kini kembali ke Brunei untuk menamatkan latihan mereka dengan Hengyi sebelum menamatkan pengajian.

    Kumpulan keempat pula masih berada di China dan masih menjalani program mereka sehingga Julai depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda