Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Seramai 11 orang pelanggan bertuah telah dipilih bagi menghadiri acara cabutan bertuah utama Kempen Gembira Bersama Toyota yang akan diadakan di Bilik Penghantaran, Dewan Pameran Toyota Gadong pada 22 April ini.
Cabutan bagi menentukan 11 orang pemenang bertuah berkenaan telah disiarkan secara langsung di media sosial, Facebook dan Instagram pada pukul 10 pagi tadi.
Hadir untuk membuat cabutan berkenaan ialah Pengurus Jualan Besar Kanan NBT, Leong Cheng Soon.
Pemenang-pemenang bertuah yang terpilih ialah Liew Yun Rui, Lew Wai Meng, Awang Muhammad Barra Aizatakmal bin Baraim, Awang Ahmad Yuzi bin Ibrahim, Zainal Daud Sdn Bhd, Awang Muhammad Aiman Malek bin Abdullah Long, Hajah Naimah @ Hajah Nooraini binti Haji Murni, Suhimi Anak Siba, Awang Muhammad Afandie bin Muhammad Fadhlie, Haji Zulkepli bin Haji Sahari dan Hajah Kasum binti Haji Maidin@Awang Maidin.
Semasa cabutan utama itu nanti, seorang pemenang akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $22,000 atau Vios atau Wigo atau Rush atau Gembira Box, manakala itu, lima orang pemenang bertuah membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $2,000 dan lima lagi akan membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $1,000.
Kempen Gembira Bersama Toyota diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan di mana ia memberikan peluang kepada mereka untuk memenangi hadiah-hadiah yang bernilai dan menarik.
Berlangsung dari awal Mac hingga pertengahan April, kempen memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian mana-mana kenderaan Toyota untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.