11 rentung dalam nahas jalan raya

NEW DELHI, 10 NOV – Sekurang-kurangnya 11 orang rentung manakala lapan lagi parah selepas sebuah bas bertembung dengan lori di Rajasthan, India hari ini.

Nahas berlaku di lebuh raya yang menghubungkan daerah Barmer dengan Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan bas itu dijilat api dan asal tebal menyelubungi lokasi kejadian.

“Sepuluh penumpang ditemukan rentung manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital,” kata seorang pegawai polis kepada media tempatan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Jodhpur untuk menerima rawatan. – Bernama