11 sekeluarga maut bencana banjir di Panama

BANDAR PANAMA, 10 OGOS – Sebelas orang dari sebuah keluarga terbunuh kelmarin di Panama ketika rumah mereka dihanyutkan banjir kilat ketika mereka sedang tidur, kata para pegawai.

Sembilan daripadanya masih di bawah umur, kata Carlos Rumbo, ketua perkhidmatan perlindungan awam negara.

Dua yang lain hilang dalam kenaikan air pasang mendadak di Sungai Bejuco di wilayah Veraguas di sebelah barat Panama.

Presiden Laurentino Cortizo mengucapkan takziah di Twitter.
Perkhidmatan perlindungan awam telah memberi amaran mengenai ribut petir dan angin kencang di sebahagian
besar negara Amerika Tengah. – AFP