Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 suspek pengganas ditahan

    MOSCOW, 4 Jun – Perkhidmatan Keselamatan Rusia (FSB) berkata kelmarin bahawa mereka telah menahan 11 ahli kumpulan pengganas di bandar Krasnoyarsk yang menjadi suspek mengrekrut militan untuk kumpulan pengganas di Syria dan Afghanistan.

    Menurut kenyataan FSB bahagian wilayah Krasnoyarsk yang dipetik oleh agensi berita TASS, ahli-ahli kumpulan tersebut merupakan suspek yang membawa propaganda keganasan di wilayah itu.

    Dua ahli kumpulan yang datang ke Krasnoyarsk dari Kyrgyzstan merupakan suspek mengarahkan untuk memindahkan individu-individu radikal ke kawasan yang di bawah kawalan penganas antarabangsa, menurut kenyataan.

    Pemimpin kumpulan itu membuat hubungan terus melalui telefon dengan ahli organisasi pengganas, katanya. FSB telah menemukan dan merampas bahan agama yang terlarang kepunyaan kumpulan itu. Sementara itu, FSB bahagian wilayah membawa tuduhan jenayah ke atas dua dalang kumpulan itu atas dakwaan membuat persediaan untuk aktiviti-aktiviti organisasi itu di mana menurut undang-undang adalah dikira sebagai pengganasan dan mempromosi aktiviti pengganasan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda