Tuesday, August 9, 2022
24.4 C
Brunei

11 tahun berjuang, Elyana bebas kanser

-

Perjuangan 11 tahun penyanyi Elyana melawan kanser akhirnya membuahkan hasil apabila dia memaklumkan disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menggambarkan perasaan gembira dengan berita berkenaan.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat,” tulisnya di Instagram.

Elyana atau nama Erneelya Elyana Emrizal, 35, mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan penyanyi itu. – Agensi

Tanda syukur penyanyi Elyana dengan lafaz Alhamdulilah selepas 11 tahun melawan kanser membuahkan hasil. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -