Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    11 tentera Iraq dibunuh IS

    BAGHDAD, 21 JAN – Sebelas tentera terbunuh dalam serangan semalaman oleh kumpulan Islamic State (IS) terhadap sebuah pangkalan di timur Iraq, kata pihak berkuasa hari ini, dalam operasi paling maut oleh militan di negara itu tahun ini.

    Kumpulan pelampau, Sunni mengambil alih sebahagian besar Iraq dan negara jiran Syria pada 2014, mengisytiharkan dirinya sebagai ‘khalifah’ baharu bagi umat Islam, sebelum Baghdad mengisytiharkan kemenangan pada penghujung 2017 selepas kempen nasional yang hebat.

    Tetapi pemberontakan peringkat rendah oleh militan telah berterusan, meletus di pelbagai tempat, terutamanya di kawasan luar bandar di utara Baghdad di sekitar bandar Kirkuk dan di wilayah timur Diyala dan Salaheddin.

    Sebagai tanda ketahanannya lagi, IS juga hari ini telah menyerang sebuah penjara di Syria, membunuh sekurang-kurangnya 18 pasukan keselamatan Kurdish dan pengawal penjara, manakala kehilangan sekurang-kurangnya 16 pejuangnya sendiri, menurut pemantau Syrian Observatory for Human Rights.

    Seorang pegawai kanan tentera yang berpangkalan di wilayah Diyala Iraq berkata “sebelas tentera telah terbunuh semasa serangan yang dilakukan oleh IS” terhadap pangkalan tentera.

    Serangan itu berlaku sekitar 2:30 pagi waktu tempatan hari ini di kawasan Hawi al-Azim, tambah sumber itu, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Gabenor wilayah Diyala, Muthanna al-Tamimi mengesahkan jumlah kematian, menurut agensi berita Iraq. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...