Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    11 terkorban kejadian bangunan runtuh

    TEHRAN, 24 MEI – Para penyelamat berusaha mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di tenggara Iran yang meragut sekurang-kurangnya 11 jiwa, dan masih ramai yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

    Pihak berkuasa telah menahan datuk bandar bagi soal siasat mengenai kejadian tersebut.

    Menara 10 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh kelmarin di Metropol Building sekali gus menekankan krisis yang sedang berlaku dalam projek pembinaan di Iran yang menyaksikan bencana lain di negara yang sering dilanda gempa itu.

    Video daripada runtuhan pada awal kejadian kelmarin menunjukkan debu tebal naik ke udara di Abadan, wilayah Khuzestan, berhampiran sempadan dengan Iraq. Metropol Building mempunyai dua menara, sebuah sudah siap dan sebuah lagi masih dalam pembinaan, manakala aras bawah sudah siap dan mempunyai penyewa.

    Hari ini, pegawai kecemasan yang ditemu bual memberitahu kira-kira 50 orang mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, termasuk mereka yang ingin berpindah ke tingkat bawah tanah. Walau bagaimanapun, ia masih belum jelas mengenai angka tersebut termasuk mereka yang sudah berjaya dikeluarkan daripada runtuhan. Sekurang-kurangnya 39 orang mengalami kecederaan, yang kebanyakan mereka hanya mengalami cedera ringan, menurut pegawai.

    Video yang diambil melalui dron disiarkan hari ini menunjukkan tingkat bangunan bertindih. Siaran televisyen kerajaan berkata sekurang-kurangnya 11 orang terkorban.

    Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kes tersebut. Sementara itu, naib presiden Iran yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal ekonomi, Mohsen Razaei dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Ahmad Vahidi telah melawat tempat kejadian.– AP

    Gambar menunjukkan serpihan dari Metropol Building yang runtuh pada kejadian yang berlaku di bandar Abadan, Iran, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...