110 migran diselamatkan di Mediterranean

MEDITERRANEAN, 26 JUN – Lebih 110 migran yang hanyut di laut Mediterranean diselamatkan dalam beberapa operasi oleh badan kebajikan Perancis menggunakan kapal yang disewa khas.

Seorang daripada migran itu dilihat menjerit ‘I love you all’ selepas kapal Ocean Viking tiba berhampiran bot mereka di 100 kilometer dari kepulauan Itali, Lampedusa.

Kira-kira 67 orang berada di dalam sebuah bot, yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki dan pemuda daripada Bangladesh dan Maghribi. – AFP