Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    110 penuntut MSOAS terima pek Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Seramai 110 orang penuntut yang memerlukan dari Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (MSOAS) telah menerima sumbangan berupa pek Ramadan hasil kutipan daripada warga maktab berkenaan pada majlis penyampaian
    sumbangan Projek Al’amal Lil Amal, hari ini.

    Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di dewan kuliah maktab dan disempurnakan oleh Pemangku Pengetua MSOAS, Awang Mohamed Santra bin Haji Bolhasan.

    Sumbangan tersebut merupakan projek Jabatan Sains MSOAS yang pertama diadakan dengan tujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan seluruh warga maktab untuk sama-sama prihatin, berkongsi rezeki di samping meraih pahala sedekah berlipat kali ganda dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

    Sumbangan merangkumi minuman kordial, makanan tin dan barangan asasi lain itu diharapkan untuk dapat meringankan serba sedikit perbelanjaan harian mereka dan sama-sama memeriahkan dalam menyambut Ramadan.

    Pemangku Pengetua MSOAS menyampaikan sumbangan daripada warga maktab untuk penuntut yang memerlukan di maktab berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...