Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    110 sertai Program Pejuang Fajar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Seramai 110 orang telah mengikuti Program Pejuang Fajar dan Bacaan Surah Al-Kahfi bersama Belia Daie yang diadakan hari ini secara maya melalui aplikasi Zoom dan laman media sosial Instagram dan Facebook Belia Daie Brunei.

    Majlis anjuran Badan Sukarelawan Belia Daie naungan Urusetia Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) itu telah disertai oleh, ahli jawatankuasa Belia Daie, penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), peserta Program Al-Quran4Life, pegawai-pegawai serta kakitangan PDI, Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU) dan orang awam.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Bendahari Belia Daie, Awang Najiihuddin bin Haji Nooralizam.

    Program diteruskan dengan tazkirah yang bertajuk ‘Istiqomah Selepas Ramadan’ yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Haji Muhammad Nazir bin Haji Othman. Antara pengajaran yang dapat diambil daripada tazkirah tersebut ialah menjadikan bulan Ramadan sebagai tarbiyah yang berterusan ke bulan-bulan seterusnya dan bukan hanya setakat di bulan Ramadan agar dapat dapat membentuk insan yang bertakwa. Kemudian program diikuti dengan bacaan Surah Al-Kahfi beramai-ramai yang dipimpin oleh penuntut ITQSHHB, Awangku Mohd Khairin Ikhwan bin Pengiran Metusin, yang juga merupakan salah seorang peserta Program Al-Quran4Life.

    Program tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Mohon Terhindar Daripada Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Tujuan program untuk menjalankan peranan Belia Daie sebagai pertubuhan belia yang bertanggungjawab melaksanakan dakwah dan amar maaruf nahi mungkar di Negara Brunei Darussalam melalui kempen solat Subuh dan sebagai medium kesedaran bagi para belia untuk menunaikan solat fardhu.

    Selain itu, program ini juga mengajak dan menggalakan orang awam untuk sentiasa melazimi sunnah Rasulullah SAW untuk membaca Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat.

    Antara yang menyertai program tersebut yang diadakan secara maya. – Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...