110 warga India jalani rawatan percuma

Oleh Syazwani Hj Rosli

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Kira-kira 110 orang warga India telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan pada kem perubatan percuma yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam dengan kerjasama Gleneagles Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), hari ini.

Pada kem yang diadakan di premis suruhanjaya berkenaan, ahli-ahli paramedik menjalankan ujian-ujian perubatan asas termasuk pemeriksaan jumlah gula dalam darah dan tekanan darah serta menganalisis indeks jisim badan para peserta.

Ini disusuli dengan konsultasi bersama doktor dan pakar yang menasihatkan para peserta mengenai penyesuaian gaya hidup yang perlu dilakukan selain rawatan lanjutan berdasarkan keputusan ujian pemeriksaan kesihatan.

Sepasukan 16 orang doktor dan enam paramedik secara sukarela memberikan perkhidmatan mereka pada kem pagi tadi.

Ahli paramedik menjalankan ujian perubatan asas kepada salah seorang warga India di premis Suruhanjaya Tinggi India kelmarin.