Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    113 sertai Taklimat Kenegaraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi program Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam dengan berkunjung ke IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal.

    Seramai 113 orang penuntut menghadiri taklimat yang diadakan di bilik kuliah kampus berkenaan yang turut dihadiri oleh para tenaga pengajar kampus.

    Taklimat bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’ disampaikan oleh Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

    Taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

    Program antara lain bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan selain dihasratkan bagi mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

    Antara pelajar yang menghadiri program Taklimat Kenegaraan di IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal. – Gambar Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...