11,464 warga India dibawa balik

NEW DELHI, 18 SEPT – India membawa pulang 11,464 warganya dari Malaysia antara Mei dan Ogos di bawah skim perjalanan yang dilancarkan untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan semasa pandemik COVID-19.

Mereka adalah antara ratusan ribu warga India yang dipindahkan dari luar negara menerusi penerbangan dikendalikan syarikat penerbangan India serta perkhidmatan sewa khas syarikat penerbangan India dan asing.

Sebanyak 5,817 penerbangan ke India dikendalikan untuk membawa pulang warga India sehingga akhir Ogos di bawah misi Vande Bharat, dilancarkan pada Mei, Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri memberitahu parlimen. – Bernama