115 sampel diuji dalam 24 jam

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Seramai 455 orang kini sedang menjalankan pengasingan diri mandatori dengan sejumlah 4,988 orang telah menamatkan pengasingan diri sejak Mac 2020.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kesihatan dalam pengemaskinian status terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, setakat jam 12 tengah hari, tiada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 144 orang dan dua kes masih aktif. Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 115 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 51,856 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.