Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    117 pelajar baharu IBTE ikuti Program HAPPY

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) meneruskan usaha untuk memberikan pendedahan serta penerangan kepada golongan belia dan pelajar mengenai HIV menerusi Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY).

    Kira-kira 117 orang pelajar baharu Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Sekolah Perdagangan mengambil bahagian dalam program berkenaan sebagai sebahagian daripada program orientasi mereka, hari ini.

    Program HAPPY merupakan projek yang diterajui oleh belia yang dikendalikan oleh Majlis BDAIDS untuk menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan mengenai kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja dan belia.

    Semasa program yang diadakan di IBTE Kampus Agro-Teknologi itu, Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene binti Mohd Jazlan Kashfi mewakili Majlis BDAIDS untuk menyampaikan ceramah.

    Semasa ceramah berkenaan, Dayang Siti Kailene mengongsi statistik tempatan terkini STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan usia serta jantina yang mendominasi statistik itu.

    Program itu merupakan sebuah program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta juga aktiviti interaktif bagi menyampaikan mesej kepada golongan muda di mana mesej-mesej yang disampaikan dengan disesuaikan kepada situasi tempatan.

    Dayang Siti Kailene mengongsi statistik dan ilmu pengetahuan mengenai HIV serta STI kepada para pelajar semasa program yang berlangsung di IBTE Sekolah Perdagangan, kelmarin. – Gambar serah Majlis BDAIDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...