Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    11,700 telur penyu bernilai lebih RM100,000 dirampas

    KUCHING, 6 JUN – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 37 melalui operasi bersepadu Op Khazanah, Sabtu lepas.

    Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata rampasan terbaharu ini dilakukan di sebuah premis di Lawas, 1,045km ke utara dari sini, kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lepas.

    Menurutnya, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan sepasukan anggota dari Kompeni C Batalion 12 PGA Sarawak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok di Lawas sebelum telur-telur penyu dijumpai dalam kenderaan berkenaan.

    “Kesemua telur penyu tersebut dipercayai untuk dipasarkan ke negara jiran,” katanya sambil menambah kenderaan yang digunakan dianggarkan bernilai RM80,000, turut dirampas.

    Beliau berkata kedua-dua suspek dan barang rampasan itu telah diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Lawas untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 29 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

    Dalam kejayaan lain, Che Ghazali berkata PGA Sarawak menemukan selaras senapang angin bernilai RM800 di sebuah kawasan semak di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan Telok Melano, kira-kira 137km ke barat dari sini semasa rondaan di bawah Op Batas semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran