Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    12 ahli DPPMB sertai seminar di Beijing

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Seramai 12 orang ahli belia Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah berlepas ke Beijing, China kelmarin untuk menghadiri seminar bagi Regional Supply Chain Management for ASEAN Countries yang bermula hari ini hingga 24 November.

    Penyertaan mereka ditaja oleh Academy for International Business Officials (AIBO) dan dikendalikan bersama oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Kedutaan Besar China di Negara Brunei Darussalam.

    Mengetuai delegasi tersebut ialah Naib Yang Di-Pertua Pembangunan Belia DPPMB, Pengiran Muhammad Fakhrullah bin Pengiran Haji Hamdillah.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Presiden DPPMB, Haji Abdul Rahman bin Haji Sirat.

    Menurut DPPMB, lawatan tersebut akan memberikan pendedahan kepada para belia mengenai pengalaman China dalam pembangunan ekonomi dan menjalinkan hubungan baik antara China dan ASEAN.

    Peserta belia DPPMB, Haji Mohd Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan dan mempelajari kemahiran teknikal dalam logistik di samping ingin mencari rakan kongsi perniagaan dari China dan ASEAN.

    Beliau juga berharap akan dapat mempelajari minda pertumbuhan peniaga China dan infrastruktur teknologi.

    Pengiran Muhammad Fakhrullah dan ahli DPPMB bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN DPPMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...