Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 askar maut dalam serangan nekad

    KANDAHAR, Afghanistan, 28 Sept – Berbelas-belas anggota keselamatan Afghan terbunuh apabila seorang penyerang berani mati yang memandu kenderaan Humvee yang sarat dengan bahan letupan telah meletupkan dirinya di wilayah selatan Kandahar, kata polis hari ini.

    Taliban mendakwa melakukan serangan ke atas kerajaan dan ibu pejabat polis di daerah Maroof yang juga mencederakan beberapa yang lain.

    “Dua belas anggota keselamatan terbunuh dan empat orang lain mengalami kecederaan,” beritahu jurucakap polis Kandahar Zia Durrani kepada AFP.

    Durrani berkata penyerang Taliban telah “ditewaskan.”

    Seorang komander polis sempadan di Maroof, yang bersempadan dengan Pakistan, memberikan jumlah kematian yang lebih tinggi, memberitahu AFP bahawa 14 kakitangan keselamatan telah terbunuh dan lapan cedera dalam serangan yang berlaku lewat semalam.

    “Kekuatan letupan menyebabkan kerosakan pada bangunan dan membawa kepada kematian,” kata beliau.

    “Operasi pembersihan sedang dijalankan di kawasan tersebut.”

    Serangan adalah yang terbaru oleh Taliban, yang telah melancarkan serantan sejak tentera penggempur NATO pimpinan AS menarik diri pada 2014 dan kini mengawal sebahagian besar wilayah di seluruh negara.

    Ketika satu lawatan profil tinggi oleh Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis dan ketua NATO Jens Stoltenberg ke ibu negara Afghan Kabul semalam, pemberontak melancarkan beberapa roket berhampiran lapangan terbang antarabangsa bandar.

    Satu serangan udara AS yang menyokong anggota keselamatan Afghan yang telah berdepan dengan penyerang mencetuskan “beberapa kematian” apabila peluru berpandu gagal berfungsi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda