12 cedera kereta api rempuh stesen

GENEVA, 3 FEB – Seramai 12 orang cedera di tengah bandar Swiss Luzern hari ini, apabila sebuah kereta memecut ke arah stesen dan merempuh pengadang, kata polis.

Tidak ada sesiapa yang cedera parah dalam kemalangan itu, tetapi 12 orang penumpang kereta api mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital, kata polis serantau Luzern.

Masih tidak jelas kenapa pemandu kereta api, berjalan dari Zurich, gagal memperlahankan kereta api apabila memasuki ste-sen Luzern, destinasi terakhirnya, pada kira-kira pukul 10 pagi, kata polis.

“Kereta api itu berge-rak terlalu laju dan tidak dapat berhenti,” beritahu jurucakap polis Christian Bertschi kepada AFP, menambah satu siasatan telah dilancarkan dalam kejadian itu. – AFP