Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    12 cedera terkena serpihan letupan dron di lapangan terbang

    RIYADH, 10 FEB – Seramai 12 orang ce-dera akibat serpihan yang jatuh selepas tentera Saudi meletupkan sebuah dron yang menyasarkan lapangan terbang berhampiran sempadan Yaman, kata pegawai hari ini.

    Serpihan jatuh di lapangan terbang selepas serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, yang sebelum ini telah menjadi sasaran dalam serangan yang sama oleh pemberontak Yaman Huthi.

    “Anggota pertahanan Saudi memusnahkan dron yang dilancarkan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Abha,” kata Agensi Media Saudi di Twitter.

    “Kami akan melancarkan operasi kukuh untuk bertindak terhadap ancaman ke atas lapangan terbang awam dan penumpang,” tambahnya.

    Pemberontak Huthi tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dan pemberontak sokongan Iran tidak mendakwa bertanggungjawab. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...