Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    12 ‘kucing besar’ Ukraine dipindah ke Poland

    RZESZOW, POLAND, 3 MAC – Enam singa dan enam harimau dari tempat perlindungan untuk haiwan yang didera berhampiran Kiev tiba di Poland pagi hari ini, menurut jurucakap Zoo Poznan yang menganjurkan pemindahan kepada AFP.

    Trak Ukraine, merentasi hampir 1,000 kilometer dari Kiev untuk memintas wilayah tengah Zhytomir yang telah dibedil oleh tentera Rusia, turut membawa dua jenis haiwan karakal dan seekor anjing liar Afrika, kata Malgorzata Chodyla.

    Trak berkenaan yang berlepas pada Selasa lalu, terpaksa berhenti dan kekal di tempat letak kereta sepanjang malam apabila ia berhadapan dengan kereta kebal Rusia, tambahnya.

    Di sempadan, haiwan tersebut dipindahkan ke lori milik Poland.

    Haiwan yang tidak didokumenkan itu dibawa melintasi sempadan secara sah kerana perubahan terbaru dalam prosedur CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam) dan dengan bantuan ketua pegawai veterinar Poland, tambah Chodyla.

    Pengarah Zoo Poznan, Ewa Zgrabczynska, yang mengusahakan pemindahan tersebut, sedang berhubung dengan beberapa organisasi Barat yang berminat untuk mengambil haiwan berkenaan.

    Beliau juga telah melancarkan kempen mengumpul dana.

    Sementara itu, walaupun perang sedang melanda, Natalia Popova kembali ke tempat perlindungan Ukraine untuk menjaga 70 haiwan lain, menurut Chodyla. – AFP

    Singa kelihatan di dalam kandang di Odessa, Ukraine. Enam singa dan enam harimau dari tempat perlindungan telah dipindahkan ke Poland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...