Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    12 kumpulan sertai cabaran Amaze Relay 1.8

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Seramai 36 peserta terdiri daripada 12 kumpulan telah menyertai cabaran Amaze Relay 1.8 anjuran Amaze Event Management yang berlangsung di Trek Lubok Sidayau, Sengkurong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat acara bagi menyampaikan hadiah dan sagu hati kepada para pemenang ialah ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Haji Kamis bin Haji Badau.

    Kumpulan FBSS merangkul tempat pertama dan diikuti oleh Kumpulan Triple by Pass di tempat kedua dan Kumpulan Ayam Kampong pula menduduki tempat ketiga.

    Manakala tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Sambal Mix dan Kumpulan Da’Cuzen di tempat kelima.

    Acara berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan trek Lubok Sidayau di Kampung Sengkurong dan dapat mencetuskan persaingan antara peserta.

    Di samping itu, para penggiat sukan larian ini juga dihasratkan untuk menyemai semangat yang kuat di dalam diri bagi terus bergerak positif dan membuka minda masyarakat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari.

    Para pemenang bergambar ramai bersama ahli PIBG, Haji Kamis semasa cabaran Amaze Relay 1.8 di Trek Lubok Sidayau, Sengkurong. – Gambar serahan Nurdiyanah R.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...