Thursday, June 8, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    12 mahasiswa UBD terima biasiswa Hengyi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Hengyi Industries Sdn Bhd telah menganugerahkan biasiswa kepada 12 orang lagi mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan majlis penandatanganan bagi penerima biasiswa kumpulan keenam berkenaan telah diadakan, baru-baru ini.

    Majlis penandatanganan tersebut berlangsung di Hengyi Industries Sdn Bhd, The Empire Hotel & Country Club dengan disaksikan oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries Sdn Bhd, Chen Lian Cai yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan pada awal majlis.

    Majlis turut mendengarkan ucapan daripada wakil penerima biasiswa Hengyi kumpulan keempat, Dayangku Iffah Haziqah binti Pengiran Mohamad sebelum diakhiri dengan tayangan video.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Hengyi Industries menubuhkan Program Biasiswa Kejuruteraan Kimia dan Proses dengan kerjasama UBD dan Zhejiang University untuk menaja pelajar-pelajar menjalani peringkat akhir pengajian akademik dan latihan industri mereka di Zhejiang University bagi tempoh setahun setengah.

    Kemudian mereka akan mendapat pengalaman berharga dengan menjalani penempatan kerja selama enam bulan di tapak-tapak petrokimia Hengyi di China. Kenyataan menambah, sebaik menamatkan program berkenaan, penerima biasiswa akan ditawarkan jawatan di Hengyi Industries. Pada masa ini, Hengyi Industries mempunyai 68 orang penerima biasiswa daripada kumpulan pertama hingga kelima.

    Dr Haji Azman bergambar ramai bersama 12 pelajar Universiti Brunei Darussalam yang menerima biasiswa Hengyi Industries Sdn Bhd.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -